Menggandakan Kekayaan dengan “Hutang”

 

Kepada sahabat2 yang telah bebas hutang tahniah saya ucapkan. Satu perkara yang ingin saya kongsikan adalah, kita sebenarnya boleh memanfaatkan pinjaman untuk menggandakan kekayaan.

 

“Maksud Sebenar Bebas Hutang”

 

Dulu saya berfikir orang yang bebas hutang adalah orang yang bebas dari segala bentuk pinjaman. Rupanya saya tersilap dengan maksud “Bebas Hutang”. Walaupun memang bagus untuk tidak memiliki apa2 bentuk pinjaman namun kita akan terlepas peluang untuk gandakan kekayaan kita @ Bebas Hutang dengan menggunakan teknik OPM yang sering digunakan oleh orang2 kaya di seluruh dunia.

 

“Bebas Hutang” = Kita ada pinjaman, tetapi kita bebas daripada bebanan ke atas pinjaman. Bermaksud walaupun kita meminjam tetapi kita tidak rasa terbeban dengan hutang tersebut. Ini yang digelar “Good Debt” (untuk menggandakan kekayaan sedia ada).

 

“Good Debt” = Hutang yang membuatkan kita lebih kaya, iaitu hutang yang disandarkan kepada aset yang meningkat nilainya. Untuk mudah faham saya senaraikan jenis pinjaman dalam kategori ini.

 

#Pinjaman 1 : Perumahan

 

Membuat pinjaman untuk membeli sebuah apartment. Lokasi yang menarik, strategik, terurus dengan baik dan mudah disewakan. Rumah tersebut boleh dapat penyewa pada bila2 masa sahaja seperti goreng pisang. Dalam masa yang sama nilainya meningkat sekitar 10% setahun. Katalah ansuran bulan sekitar RM450 sebulan. Kemudian disewakan sebanyak RM600 sebulan. Lebihan tunai sebanyak RM150. Lebih menarik pinjaman perumahan tersebut dilindungi oleh Takaful. Sekiranya apa2 terjadi kepada peminjam cth meninggal dunia waris si mati akan dapat rumah tersebut secara free!

(Pinjaman dibackup dengan hartanah & Takaful, dibayar oleh penyewa)

 

#Pinjaman 2: Peribadi

 

Membuat pinjaman peribadi dari mana2 cawangan Bank berasaskan Islam. Sebagai contoh membuat pembiayaan sebanyak RM100k. Kemudian digunakan kesemuanya untuk membeli emas dan perak. Dalam masa yang sama nilainya meningkat sekitar 15-20% setahun. Pinjaman pula dilindungi oleh Takaful. Jika peminjam meninggal dunia, pinjaman peribadi itu akan dilangsaikan oleh Takaful (pakej pinjaman) dan waris pula akan dapat emas & perak tadi secara percuma (harta pusaka).

(Pinjaman dibackup dengan emas & perak serta Takaful)

 

Kalau anda perhatikan, kesemua jenis pinjaman di atas bercirikan :

1) Pinjaman membeli aset yang sentiasa meningkat nilainya.

2) Ianya dibackup dengan aset sedia ada dan dilindungi takaful.

3) Kalau mati atau hilang upaya peminjam dan waris tidak menanggung 1 sen pun.

 

Bagi saya, teknik menggandakan kekayaan dengan menggunakan duit OPM ini hanya sesuai kepada sesiapa yang telah berjaya mengikis tabiat dan mindset suka berhutang. Bagi yang masih selesa dengan Bad Debt sedia ada saya tak syorkan teknik ini. Takut2 anda salah guna dan menjadikan hutang anda bertambah parah!

 

Orang Islam patut memilih untuk menjadi kaya dan berusaha ke arah itu. Supaya kekayaan yang diperolehinya dapat diagihkan kembali kepada masyarakat melalui ZAKAT, SEDEKAH atau WAKAF.

 

Wassalam

 

Bagi yang ingin mula bertindak boleh ikuti salah satu panduan di bawah :

1)  Call/SMS saya di 012-7586344 (Azri)

2) Ikut panduan ini  —->  PANDUAN

3) Mendaftar sebagai Dealer  —–> DAFTAR DEALER

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.